SHAH ALAM – Seorang wanita cedera selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 5.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Khamis.Dalam kejadian di arah selatan menghala ke Bandar Setia Alam itu, mangsa dipercayai tersepit di bahagian tempat duduk pemandu selepas kenderaannya hilang kawalan.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.48 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi."Seramai enam anggota bersama jentera bomba dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian."Sebaik tiba di lokasi pada jam 5.56 petang, didapati sebuah kereta Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 21 tahun dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya, mangsa ditemui tersepit di bahagian pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 6.30 petang."Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.