KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 buah rumah setinggan dan empat buah kedai di Jalan Pantai Dalam di sini terbakar pada Khamis.Menurut kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 11.11 malam."Seramai 36 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai serta bantuan BBP Hang Tuah, BBP Seputeh dan BBP Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 7.4 kilometer," katanya.Menurutnya, lima minit kemudian, anggota Bomba dan Penyelamat tiba di tempatan kejadian mendapati kebakaran rumah setinggan dan merebak ke empat buah kedai termasuk sebuah kedai serbaneka."Rumah setinggan yang terbakar 90 peratus, manakala empat buah kedai terbakar 80 peratus di tingkat atas dan 10 peratus di aras bawah," katanya.Katanya, laluan sempit dan padat menyukarkan kerja-kerja pemadaman serta tekanan air agak rendah di kawasan berhampiran."Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.49 pagi Jumaat, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu. Anggota Bomba dan Penyelamat masih melakukan kerja-kerja 'overhaul," katanya.