Partey pilih laluan baharu di LaLiga

VILLARREAL mengumumkan kemasukan pemain tengah Ghana, Thomas Partey secara perpindahan percuma selepas berakhir kontraknya bersama Arsenal.Pemain berusia 32 tahun itu menandatangani kontrak semusim dijadual menyertai sesi latihan skuad Villarreal bermula Jumaat ini.Bagaimanapun, Partey kini berdepan prosiding undang-undang di England selepas didakwa bulan lalu atas lima pertuduhan merogol dua wanita serta satu pertuduhan serangan seksual terhadap wanita ketiga yang didakwa berlaku antara April 2021 hingga Jun 2022 ketika dia bersama kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.Menerusi kenyataan rasmi, Villarreal menegaskan kelab sedar situasi tersebut, namun menghormati prinsip asas undang-undang."Pemain bertegas mempertahankan dirinya dan menafikan semua pertuduhan. Kelab menghormati hak pemain dan menunggu keputusan mahkamah yang bertanggungjawab menjelaskan fakta kes ini."Selaras undang-undang Britain berkaitan prosiding yang sedang berjalan, kelab tidak akan mengulas lanjut berhubung perkara ini," jelas kenyataan itu.Sebagai rekod, Partey membuat 167 penampilan bersama Arsenal sejak menyertai kelab itu dari Atletico Madrid pada 2020, menjaringkan sembilan gol sepanjang tempoh tersebut.Villarreal yang menewaskan Arsenal 3-2 dalam aksi persahabatan pramusim, akan memulakan kempen LaLiga di laman sendiri menentang pasukan baharu naik liga, Real Oviedo pada 16 Ogos ini.