Kemenangan di Iskandar Puteri manual tewaskan JDT

AKSI pembuka tirai Liga Malaysia 2025-2026 menerusi perlawanan Sumbangsih antara Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan sekadar perebutan trofi tetapi turut berpotensi menjadi blueprint kepada pasukan lain dalam misi menamatkan dominasi Harimau Selatan musim ini.Presiden Anak Selangor Fan Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid berpendapat, jika Selangor mampu meraih kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim yang dianggap kubu kebal JDT, ia bukan sahaja menjadi lonjakan semangat buat skuad kendalian Katsuhito Kinoshi, malah boleh menjadi rujukan taktikal kepada pencabar lain dalam Liga Super."Corak permainan Selangor malam ini akan diperhatikan rapi oleh semua pasukan."Jika kita berjaya pecahkan dominasi JDT di gelanggang mereka sendiri, maka ia akan membuka ruang kepada lebih banyak kejutan sepanjang musim," katanya kepada Sukan Sinar.Mengulas perlawanan malam nanti, Faizal berkata, walaupun JDT turun dengan reputasi sebagai juara 11 musim berturut-turut, beliau percaya The Red Giants memiliki ramuan tersendiri untuk mencipta impak awal musim."Kehadiran pemain-pemain baharu yang dibawa masuk oleh Kinoshi musim ini memberi harapan kepada penyokong."Kami tidak mahu pemain ini sekadar pelengkap skuad, sebaliknya diharap benar-benar mampu memberikan impak dalam perlawanan berintensiti tinggi seperti ini," katanya lagi.Musim ini menyaksikan Selangor menggalas cabaran dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dan Kejuaraan Kelab ASEANUntuk rekod, JDT menamatkan musim lalu di puncak Liga Super dengan 70 mata, meninggalkan Selangor di tempat kedua dengan 52 mata hasil 16 kemenangan, empat seri dan empat kekalahan.