Wanita Wajar Dihormati, Bukan Dihina Dengan Politik Murahan – Puteri UMNO Perak

IPOH, 8 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak mengecam sekeras-kerasnya kenyataan seorang pemimpin pembangkang yang menyamakan pemimpin wanita sebagai ‘lembu betina’. Menurut Ketuanya Sarah Syazwani Saari, kenyataan itu bukan sahaja biadab, malah menghina martabat wanita secara keseluruhan. “Sebagai seorang pemimpin, kata-kata dan sikap mencerminkan nilai dan prinsip yang dibawa. Apa yang dilontarkan ini jelas membuktikan betapa ceteknya pemikiran politik [...]