'Terima kasih Awesome TV, kalau ini harganya untuk penat lelah kami' - Amir Raja Lawak

"ALHAMDULILLAH. Terima kasih Awesome TV kalau ini harganya untuk penat lelah saya dan kami. Terima kasih banyak-banyak."Itu reaksi pelawak terkenal, Mohamad Amirullah Azmi atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak, menerusi hantaran di Facebook pada Khamis susulan kenyataan rasmi Awesome Broadcasting Sdn. Bhd. (Awesome TV) yang memfailkan saman fitnah terhadapnya bersama dua pelawak lain.Amir berkata, sejak pagi ramai menghubunginya namun beliau tidak sempat membalas kerana terlalu sibuk menguruskan pelbagai perkara."Tadi pula saya menghantar ayah saya ke bahagian kecemasan kerana jahitan di perutnya terbuka dan mengeluarkan darah. Maaf, telefon peribadi saya rosak tadi, kad SIM tidak dapat digunakan."Kalau ada wartawan atau sesiapa sahaja yang ingin menghubungi sekarang, saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab. Nanti selepas telefon baik, saya akan menjawab," tulisnya lagi.Sebelum ini, Amir menuntut bayaran tunggakan berbaki RM18,000 bagi penglibatannya dalam sebuah program televisyen di stesen tersebut. Seorang lagi pelawak, Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad (Mamak Puteh), turut mendakwa menghadapi masalah sama selepas menunggu lebih tiga tahun, manakala seorang lagi individu terbabit ialah Abu Musarrif Abu Bakar (Abu Mamu).Dalam kenyataannya, Awesome TV mengesahkan tindakan undang-undang telah difailkan terhadap ketiga-tiga mereka berhubung penyebaran kenyataan berunsur fitnah di media sosial masing-masing.Menurut syarikat itu, dakwaan yang dibuat melibatkan kegagalan Awesome TV melunaskan bayaran artis, sedangkan semua program yang disiarkan di saluran mereka diterbitkan oleh syarikat produksi luar, dan urusan kontrak serta pembayaran artis adalah tanggungjawab pihak produksi tersebut sepenuhnya."Kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga individu tersebut telah menjejaskan imej serta reputasi Awesome TV," katanya.Awesome TV turut menyatakan bahawa isu tersebut telah dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, tanpa pemeriksaan fakta yang teliti, sehingga menimbulkan salah faham dan memberi gambaran tidak tepat."Sebagai Ahli Parlimen, beliau sepatutnya berlaku adil menyiasat fakta sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak benar."Justeru, pihak Awesome TV telah mengarahkan firma guaman Shafie & Co untuk memfailkan saman berunsur fitnah terhadap mereka bagi melindungi integriti Awesome TV," menurut kenyataan itu.