SHAH ALAM - Tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukanlah disebabkan rasa kecewa disebabkan tidak menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Beliau sebaliknya menegaskan bahawa perkara tersebut tidak pernah ditimbulkan walaupun beliau sebelum ini sering kali menemani Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke mahkamah bagi menghadapi perbicaraan.Malah katanya, beliau mengambil masa hampir tiga tahun sebelum menyertai Bersatu, apabila melihat partinya kini seolah-olah tidak boleh ‘move on’ dan tidak ‘membenarkan’ pemimpin yang lebih berketerampilan memimpin parti."Bagi saya yang penting bukannya saya tetapi adalah perjuangan. Kalau kata nak kecewa, saya kecewa lama dah. Kenapa saya masuk parti selepas dua tahun, hampir 3 tahun?"Kecewa? Tak ada. Saya lihat inilah sikap yang diambil oleh Ketua UMNO ini yang menyebabkan UMNO tak ‘move on’. Tak boleh, kita kena benarkan orang muda, orang yang lebih berketerampilan, lebih berpendidikan, lebih berkepimpinan daripada kita untuk memimpin UMNO," katanya.Beliau berkata demikian semasa program Interviu yang bertajuk Dari UMNO ke Bersatu: Episod baharu Khir Toyo dalam politik Malaysia yang berlangsung di Kompleks Karangkraf.AKAN MENYUSUL