Trump, Xi Jinping dua lagi pemimpin dunia dijangka hadir Sidang Kemuncak ASEAN

CYBERJAYA- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Presiden China Xi Jinping dijangka hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persidangan yang akan diadakan di Kuala Lumpur itu akan turut dihadiri oleh Presiden Brazil, Lula Da Silva dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa. Menurutnya, Sidang Kemuncak itu bakal menjadi suatu perhimpunan sebenar yang menghimpunkan pusat-pusat kuasa dan pengaruh utama dunia. "Kita amat menantikan kehadiran ketua-ketua kerajaan ASEAN serta rakan dialog kita, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan saya percaya Presiden Xi Jinping dari China," katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari ASEAN ke-58, di sini pada Jumaat. AKAN MENYUSUL