Terima bungkusan ganja: Rita Sosilawati diminta tampil beri maklumat

KUALA LUMPUR - Polis meminta ahli perniagaan, Rita Sosilawati tampil memberi maklumat berkaitan dakwaan taktik penipuan terbaharu apabila menerima bungkusan berisi ganja di kediaman keluarganya daripada individu tidak dikenali.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan tersebut."Kita minta individu terbabit tampil membuat laporan polis agar siasatan boleh dilakukan," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ, di sini pada Jumaat.Pada Rabu lalu, media melaporkan bahawa Erni Dekritawati Yuliana yang lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati, memuat naik satu paparan di Threads miliknya mendakwa dianiaya apabila adiknya menerima satu bungkusan yang mencurigakan.Dakwanya, walaupun alamat yang tertera pada bungkusan tersebut merupakan kediaman adiknya, namun nama penerima tidak dikenali oleh keluarganya.