KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan pelaburan yang membabitkan kerugian lebih RM2.31 juta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, lelaki itu dikenali sebagai Mohd Ezman Zamani, 38, alamat terakhir di Rawang."Kita telah menerima sebanyak 279 laporan berkaitan kes itu sejak 2023. Berdasarkan siasatan, mangsa dalam kes ini menyertai pelaburan setelah mengikuti webinar yang dianjurkan oleh syarikat terbabit."Syarikat itu menawarkan pulangan dividen sehingga 18 peratus setahun atau 1.5 peratus sebulan kepada setiap pelabur," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ, di sini, pada Jumaat.Rusdi berkata, pada peringkat awal, pelabur memperoleh keuntungan yang dijanjikan."Namun kemudiannya pelbagai alasan diberikan dan pulangan yang dijanjikan tidak lagi dibayar," katanya.Rusdi berkata, individu berkenaan dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Fikri Najib Ismail di talian 013-9839854 atau Inspektor Noor Azamin Noor Azahari di talian 011- 65580848," ujarnya.