SHAH ALAM - UMNO dijangka akan mengalami keputusan yang lebih teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kerana keengganan parti itu untuk berubah dan masih dikongkong oleh orang-orang yang lama.Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, lebih mengecewakan apabila ramai pemimpin UMNO yang enggan bertanggungjawab walaupun parti mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya.Sedangkan katanya, beliau mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan apabila kalah pilihan raya pada tahun 2008, seterusnya memberi laluan kepada muka baharu"Ini menunjukkan bahawa jika UMNO ingin menjadi parti dominan, UMNO kena lakukan sesuatu yang drastik."Tapi pemimpin hari ini yang kalah pertandingan bahagian, pilihan raya pun tak nak letak jawatan. Jadi macam mana tenaga muda nak masuk dalam UMNO untuk membuat perubahan dan pemulihan parti?" katanya.Beliau berkata demikian semasa program Interviu yang bertajuk Dari UMNO ke Bersatu: Episod baharu Khir Toyo dalam politik Malaysia yang berlangsung di Kompleks Karangkraf.AKAN MENYUSUL