Lammens penyelesaian jangka panjang masalah United

GERGASi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United akhirnya mencapai persetujuan untuk mendapatkan penjaga gol Belgium, Senne Lammens daripada Royal Antwerp dengan nilai awal 21 juta Euro (RM111 juta) tidak termasuk bayaran tambahan.Perkembangan itu sekali gus menamatkan minat The Red Devils terhadap penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez yang sebelum ini menjadi antara sasaran utama kelab kendalian Ruben Amorim itu.Penjaga gol berusia 23 tahun itu dijangka tiba di Manchester dalam masa terdekat bagi menandatangani kontrak lima tahun bersama Red Devils di Old Trafford.Keputusan merekrut segera penjaga gol baharu diambil susulan kegusaran pengurusan kelab terhadap prestasi benteng terakhir United apabila Altay Bayindir kerap melakukan kesilapan dalam saingan liga, manakala Andre Onana pula dipersalahkan selepas melepaskan gol mudah ketika tersingkir daripada Piala Liga kepada kelab kerdil, Grimsby Town.Malah Amorim, turut mengakui cabaran berat yang dipikul sesiapa sahaja yang menggalas tugas sebagai penjaga gol United pada ketika ini."Saya fikir ia bukan mudah untuk menjadi penjaga gol Manchester United ketika ini," katanya selepas kemenangan 3-2 ke atas Burnley dalam aksi liga baru-baru ini.United melihat Lammens sebagai prospek muda yang memiliki masa depan cerah dan diyakini mampu menjadi penyelesaian jangka panjang di benteng terakhir Old Trafford. INFOSenne Lammens melakukan 173 aksi penyelamatan dalam saingan Liga Pro Belgium 2024/25 – 20 lebih banyak berbanding mana-mana penjaga gol lain dalam 10 liga utama Eropah musim lalu.