KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa, beliau tidak mendorong Menteri Kewangan II supaya Felcra Berhad meluluskan pelaburan sebanyak RM150 juta dalam produk unit Amanah Public Mutual Berhad, 10 tahun lalu.Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata demikian ketika prosiding bela diri hari pertama atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.Ketika disoal peguamnya, Ridha Abdah Subri, Bung Moktar, 66, berkata, skim pelaburan ini diluluskan oleh Menteri Kewangan II ketika itu Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.Saksi pembelaan pertama itu berkata, ia dibuat menerusi beberapa prosedur dan kajian Menteri Kewangan atas pertimbangan maksimum.Selain itu beliau berkata, beberapa faktor juga dipertimbangkan semasa menilai skim pelaburan antaranya risiko yang terlibat."Menteri Kewangan II meluluskan skim berdasarkan analisis menyeluruh oleh Menteri Kewangan Diperbadankan."Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Felcra Berhad juga telah mengikuti prosedur sedia ada dalam membuat permohonan kepada Menteri untuk dapat kelulusan," katanya.Peguam: Adakah kelulusan permohonan Felcra oleh Menteri Kewangan II bergantung sepenuhnya kepada cadangan ALP?Bung Moktar: Tidak. Menteri Kewangan II bergantung kepada banyak faktor dan prosedur.Peguam: Adakah Datuk Seri berkomunikasi dengan Menteri Kewangan II mengenai permohonan ini?Bung Moktar: Tidak.Sementara itu, menjawap pertanyaan peguamnya, M Athimulan, bekas Menteri Kerja Raya Negeri Sabah itu menafikan pernah mempercepatkan kelulusan Kementerian Kewangan untuk meluluskan pelaburan terbabit.Sebelum ini, semasa prosiding di peringkat pendakwaan, Madhi memberitahu, tiada sebarang perbincangan mengenai komisyen atau bayaran rasuah kepada Bung Moktar pada Jun 2015.Saksi itu juga bersetuju bahawa ketika perbincangan, tiada sebarang permintaan RM3.5 juta oleh Bung Moktar sebagai rasuah bagi meluluskan perlaburan RM150 juta berkenaan.Saksi turut bersetuju bahawa ketika itu, tiada perbincangan mengenai wang pengenalan kepada tertuduh.Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra didakwa atas dua pertuduhan secara rasuah memperoleh untuk dirinya, suapan wang tunai RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra untuk melabur RM150 juta dalam unit Public Mutual amanah.Dia didakwa menerima suapan daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui isterinya, Datin Seri Zizie Izette A Samad dan akaun Public Islamic Treasures Growth Fund atas nama isterinya.Dua kesalahan didakwa dilakukan di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada 12 Jun 2015 dan 12.16 tengah hari, 19 Jun tahun sama.Bagi pertuduhan ketiga, Bung Moktar didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar atas nama Zizie Izette atas sebab dan tempat yang sama, jam 12.28 tengah hari pada 19 Jun 2015.Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di lokasi, tarikh dan masa sama.Prosiding bersambung Rabu.