Kes kematian murid Tahun Empat: Siasatan lengkap, 49 saksi dipanggil

SEREMBAN - Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kes kematian seorang murid lelaki Tahun Empat yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas lelaki di sebuah sekolah kebangsaan di Senawang, di sini pada 1 Oktober lalu.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kes berkenaan kini dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan arahan dan pandangan selanjutnya.Menurutnya, seramai 49 saksi yang mempunyai kaitan langsung dan tidak langsung dengan kes tersebut telah dirakam keterangan bagi melengkapkan siasatan."Siasatan menyeluruh telah dijalankan melibatkan pelbagai elemen kepakaran termasuk Unit Sains Tingkah Laku (D11) dan Unit Siasatan Forensik (D10) dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman."Hala tuju siasatan tidak hanya tertumpu kepada unsur jenayah dalam siasatan mati mengejut (SDR), malah turut mengambil kira kemungkinan berlaku insiden buli atau sebaliknya," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Pada masa sama, beliau menasihatkan orang awam agar tidak membuat spekulasi, menyebarkan maklumat tidak sahih atau mengulas secara tidak bertanggungjawab mengenai kes berkenaan.Katanya, tindakan itu boleh menjejaskan proses siasatan serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengesahkan maklumat tular mengenai insiden seorang murid yang ditemukan tidak sedarkan diri di sekolah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.Hasil bedah siasat mendapati punca kematian murid berusia sepuluh tahun itu adalah disebabkan tekanan pada leher.Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan berkaitan buli komunikasi.