KUALA LANGAT - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memanggil pengurusan tertinggi KDEB Waste Management (KDEBWM) dalam masa terdekat berhubung isu membabitkan lori sampah milik syarikat terbabit.Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ini bagi memberikan amaran agar syarikat terbabit melakukan tindakan segera dalam memperbetulkan kesalahan dilakukan lori sampah mereka.Katanya, perkara itu turut dibincangkan bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana kenderaan syarikat itu yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya."Saya telah arahkan Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ (Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan) untuk memastikan mana-mana lori sampah KDEBWM yang bermasalah ditahan dan disita di atas jalan raya."Kita mahu beri mesej jelas bahawa walaupun syarikat itu milik kerajaan negeri, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya beroperasi tanpa mematuhi undang-undang," katanya pada sidang pada sidang akhbar sempena Ops Khas JPJ di Stesen Penguat kuasa Banting di sini pada Selasa.Beliau berkata, sebanyak 22 lori sampah KDEB di Selangor telah disita setakat Isnin lalu.Tambahnya, terdapat 154 kesalahan dikesan termasuk tiada insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) selain menggunakan khidmat pemandu warga asing.Dalam pada itu, Aedy memaklumkan syarikat terbabit telah komitmen baik apabila melunaskan lebih 22,000 saman tertunggak berjumlah RM3.1 juta."Kita puji inisiatif KDEBWM itu, namun masih terdapat kesalahan berulang dilakukan kontraktor di bawah syarikat itu," tegasnya.Baru-baru ini, KDEBWM mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden lori sampah merempuh Plaza Tol Puchong Selatan di Kilometer 30.3 Lebuhraya Damansara Puchong, Jumaat lalu.Jun lalu, Kementerian Pengangkutan mendedahkan senarai 11 syarikat pengendali kenderaan barangan dan 17 syarikat bas ekspres yang mencatatkan jumlah saman tertunggak tertinggi atas pelbagai kesalahan lalu lintas.Anthony dilaporkan berkata, antara syarikat terbabit ialah KDEBWM dengan 22,017 saman.