Suspek kes tikam pelajar 16 tahun dibawa ke mahkamah untuk reman

PETALING JAYA - Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, bagi mendapatkan permohonan reman berhubung siasatan kes menikam pelajar perempuan 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini.Difahamkan, suspek yang juga pelajar Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) telah dibawa pihak polis sebelum jam 9 pagi namun sehingga kini usaha media untuk mengambil gambar suspek tidak berjaya kerana pelajar berkenaan dibawa menerusi laluan dalam ke lokap sementara.Permohonan daripada pihak polis dijangka dijalankan di hadapan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha.Pada Selasa, media melaporkan mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga sekolah sama, meninggal dunia di lokasi kejadian, dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi.Susulan kejadian itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, suspek berjaya ditahan pada hari sama.