KEDUDUKAN Harimau Malaya dijangka melonjak lima anak tangga ke kedudukan ke-118 dunia selepas mencatat dua kemenangan bergaya ke atas Laos dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027.Menurut pengiraan tidak rasmi, skuad kendalian Peter Cklamovski itu mengutip 6.77 mata selepas menewaskan Laos 3-0 di Vientiane, sebelum meraih lagi 6.52 mata hasil kemenangan besar 5-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.Secara keseluruhan, Malaysia memungut 13.29 mata dalam tempoh seminggu, sekali gus menyaksikan ranking skuad kebangsaan meningkat daripada tangga ke-123 kepada ke-118 dunia.Berdasarkan kedudukan semasa, Harimau Malaya kini mengatasi beberapa pasukan lain yang sebelum ini berada di atas Malaysia iaitu Sudan, Korea Utara, Sierra Lione dan Indonesia dalam senarai ranking antarabangsa.Kemenangan berganda ke atas Laos turut mengekalkan momentum positif skuad negara yang kini mencatat semua kemenangan dalam empat perlawanan dan kini mendahului saingan Kumpulan F kelayakan tersebut.Dalam pada itu, kemas kini rasmi ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka diumumkan pada 23 Oktober ini, dengan kemas kini terakhir dikeluarkan pada 18 September lalu.