PERKHIDMATAN penstriman terkemuka dan aplikasi over-the-top (OTT) paling pantas berkembang di Malaysia, sooka mengumumkan kerjasama strategik bersama lapan peneraju industri bagi menawarkan nilai hebat serta akses lebih meluas.Kerjasama melibatkan Maxis, Etiqa, U Mobile, Grab, MAE by Maybank 2u, Sports Direct, Zus Coffee dan VIU itu menjanjikan pilihan lebih banyak untuk para pengguna.Kini tersenarai sebagai aplikasi sukan nombor satu dan antara lima aplikasi dengan pendapatan tertinggi di Google Play Store di Malaysia, sooka terus memperkukuh kedudukan sebagai jenama hiburan pilihan rakyat negara ini.Pengarah sooka, Chu Young Lee berkata, misi mereka adalah untuk mempermudah akses kepada siaran langsung sukan, kandungan hiburan Asia dan tempatan untuk semua."Gandingan bersama peneraju pasaran tempatan diyakini dapat menawarkan nilai lebih tinggi, menarik lebih ramai pelanggan dan memperkukuh hubungan dengan pengguna."Dengan musim Liga Perdana kini berlangsung, ini adalah peluang terbaik untuk lebih ramai menonton siaran langsung sukan dalam 4K UHD di sooka melalui Android TV, aplikasi sooka dan sooka TV stick," katanya.Kerjasama strategik tersebut menandakan langkah penting dalam misi sooka untuk menghubungkan rakyat Malaysia melalui sukan dan kandungan hiburan Asia serta tempatan dengan akses lebih mudah.Dengan kerjasama merentasi pelbagai sektor iaitu daripada kewangan dan insurans ke teknologi mudah alih serta gaya hidup harian, sooka berhasrat untuk menawarkan nilai lebih tinggi kepada pengguna melalui ganjaran eksklusif, tawaran menyeluruh, selain titik akses lagi pintar.Dengan teknologi yang bertambah baik, harga berpatutan dan sokongan daripada jenama-jenama terkenal, sooka semakin kukuh sebagai platform hiburan tempatan yang dibina khas untuk rakyat Malaysia.Selain menawarkan kandungan siaran langsung sukan dan hiburan terpilih secara percuma, pengguna boleh terus menonton melalui laman web sooka.my atau aplikasi sooka yang boleh dimuat turun di Google Play, Apple App Store serta platform televisyen pintar selepas mendaftar.