SHAH ALAM - Polis sedang melaksanakan pemantauan rapi terhadap kumpulan gengster yang berada di tiga daerah di Selangor.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Senior Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kumpulan tersebut terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk bunuh di Klang Selatan, Kuala Langat dan Kuala Selangor."Kita sedang membuat pemantauan terhadap kumpulan 'besar kepala' cuba melangkaui kawasan serta berlaku jenayah yang tidak dijangka."Mereka boleh melakukan serangan dengan menggunakan senjata seperti parang, kayu dan senjata api sehingga tahap pembunuhan," katanya dalam sebuah program televisyen pada Selasa.Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya akan mengambil tindakan drastik apabila berlaku kes jenayah membabitkan kumpulan gengster."Kita akan menurunkan pelbagai elemen polis agar mereka (kumpulan gengster) tidak terus melakukan jenayah yang membimbangkan masyarakat."Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor juga melaksanakan rondaan dan pemantauan rapi," katanya.Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya terpaksa melaksanakan pemantauan terhadap kumpulan gengster di tiga daerah itu kerana mereka cuba untuk 'dominant' di kawasan tersebut."Mereka (kumpulan gengster) berasa takut apabila polis melaksanakan pemantauan dan tangkapan setelah menerima maklumat," katanya.