Pekerja kilang maut, tersepit dalam mesin pengisar

BELURAN - Seorang pekerja kilang maut selepas separuh badannya tersepit dalam mesin pengisar conveyor ketika sedang membaiki alat tersebut dalam kejadian di sebuah kilang minyak kelapa sawit di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, separuh badan mangsa lelaki berusia 32 tahun termasuk ke dalam mesin berkenaan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.20 pagi.Katanya, seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 98 kilometer dari BBP Beluran."Sebaik tiba di lokasi, didapati separuh badan mangsa iaitu bahagian kakinya termasuk ke dalam mesin pengisar tersebut."Menurut saksi kejadian, difahamkan mangsa cuba mencungkil objek yang tersangkut di dalam mesin itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Katanya lagi, mangsa kemudian dikeluarkan oleh pekerja kilang dengan bantuan pegawai polis yang berada di lokasi."Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Beluran."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.32 pagi," katanya.