JASIN - Cemburu dipercayai punca seorang lelaki bertindak kejam menetak dan menikam rakan serumahnya dengan parang dan pisau hingga maut sebelum menggantung diri.Dalam kejadian jam 7.00 petang semalam, kedua-dua mangsa yang merupakan warga Bangladesh ditemui mati sebuah rumah teres setingkat di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal di sini.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada mangsa berusia 42 tahun mengalami 21 kesan tikaman pada tubuh, manakala rakannya berusia 31 tahun ditemukan tergantung di kipas siling dalam bilik kediaman berkenaan."Mangsa berusia 42 tahun ditemukan terbaring berlumuran darah di bahagian dapur dengan kecederaan parah di kepala dan badan."Pemeriksaan lanjut menemui dua bilah pisau dan sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini pada Rabu.Tambah beliau, kedua-dua mangsa bekerja sebagai buruh binaan dan menyewa bersama seorang lagi rakan senegara yang tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar bekerja.Ujar beliau, polis percaya tragedi berdarah itu berpunca daripada masalah peribadi dan perasaan cemburu membabitkan seorang wanita warga Indonesia yang juga isteri kepada mangsa berusia 31 tahun."Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 42 tahun itu dibunuh oleh lelaki yang menggantung diri. Setakat ini motif disyaki akibat cemburu."Ini kerana lelaki yang mati tergantung di bilik itu sudah berkahwin dengan seorang wanita warga Indonesia yang tinggal bersama di rumah itu. Namun wanita itu melarikan diri bersama seorang anak kira-kira dua minggu lalu."Kita syak mungkin berlaku kecurangan dan perselingkuhan antara isterinya dan suspek yang mati dengan 21 kesan tikaman pada kepala dan tubuhnya," katanya.Jelas beliau siasatan turut mendapati jiran berhampiran ada mendengar bunyi pertengkaran dari rumah tersebut sebelum kejadian disedari kira-kira jam 7 malam."Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya.Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Norehan Omar di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Alor Gajah di talian 06-5562222.Terdahulu Sinar Harian melaporkan penduduk Taman Cempaka 2, Durian Tunggal di sini gempar apabila dua lelaki dipercayai adik-beradik ditemui maut di rumah sewa mereka.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, beberapa penduduk mendakwa terdengar pertengkaran dan jeritan dari kediaman berkenaan sebelum seorang rakan serumah kedua-dua mangsa pulang dan menemui mereka dalam keadaan tidak bernyawa.