Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik kandas di pusingan pertama

GANDINGAN utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kandas di pusingan pertama Terbuka Denmark 2025 di Odense pada Rabu.Kali ini, lawan Aaron-Wooi Yik iaitu Muhammad Rian Ardianto-Fajar Alfian tampil lebih bertenaga dengan mencatat kemenangan straight set 21-17 dan 21-13.Aksi di Arena Jyske Bank itu hanya berlangsung dalam tempoh 33 minit.Sebelum ini, Aaron-Wooi Yik pernah menewaskan gandingan dari Indonesia itu sebanyak enam kali dalam 10 pertemuan.Kekalahan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal mengekalkan momentum yang ditunjukkan minggu lalu ketika mereka muncul naib juara pada kejohanan Terbuka Arctic di Vantaa, Finland.Sementara itu, juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bakal berdepan ujian lebih mencabar dalam laluan ke suku akhir apabila menentang pasangan China, Gao Jiaxuan-Wu Mengying di pusingan kedua dalam saingan beregu campuran pada Khamis.Pasangan pilihan keempat itu memulakan kempen dengan kemenangan meyakinkan ke atas gandingan Taiwan, Yang Po-hsuan-Hu Ling-fang, 21-15, 21-9.Perlawanan tersebut turut menjadi penampilan semula Ee Wei selepas pulih daripada kecederaan abdomen yang menyebabkan beliau terlepas beberapa kejohanan utama sebelum ini.