Puteri UMNO Perak Laksana ‘Kempen Sekolah Selamat & Jiwa Sihat’, Seru Prihatin Keselamatan Pelajar

IPOH, 15 Okt – Ketua Puteri UMNO Negeri Perak, Sarah Syazwani Saari menzahirkan rasa dukacita dan simpati yang amat mendalam kepada keluarga mangsa pelajar yang maut akibat ditikam di sekolah baru-baru ini. Beliau berkata, insiden tragis itu bukan sekadar satu kejadian ngeri, tetapi satu tamparan kesedaran kepada seluruh masyarakat bahawa tahap keselamatan dan kesejahteraan pelajar kini berada di tahap membimbangkan. [...]