Bekalan elektrik pulih sepenuhnya - TNB

SHAH ALAM - Bekalan elektrik yang terjejas susulan insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant, Melaka telah pulih sepenuhnya pada jam 5.54 petang Rabu.Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi di platform X menyatakan bekalan yang terjejas telah pulih sepenuhnya."TNB mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua pelanggan yang terkesan dan memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi akibat dari gangguan bekalan ini."Untuk melaporkan sebarang gangguan bekalan, salurkan aduan melalui saluran rasmi seperti SARA Chatbot di [myTNB](http://mytnb.com.my), talian 15454, mesej peribadi di Facebook TNB Careline, X @Tenaga_Nasional, atau e-mel ke [tnbcareline@tnb.com.my](mailto:tnbcareline@tnb.com.my)," katanya.Sebelum ini, beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Kepong dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik pada petang Rabu.TNB dalam kenyataan di laman rasmi TNB Care Line memaklumkan, pasukan teknikalnya sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih bagi memulihkan bekalan secepat mungkin.