Taman Melati singkir pasukan pilihan Putrajaya Presint 15 (1)

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Taman Melati mencipta kejutan apabila menewaskan pasukan pilihan SK Putrajaya Presint 15 (1) 4-3 menerusi sepakan penalti untuk mara ke separuh akhir edisi sulung Kejohanan Bawah 12 Tahun (B-12) di padang SK Bandar Baru, Kuala Selangor pada Rabu.Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa sebenar dengan gol minit kelima Muhammad Afiq Daniel Juani untuk SK Putrajaya Presint 15 (1) manakala Ahmad Nurfayruz Ahmad Kamal dari SK Taman Putra mengikat kedudukan 10 minit kemudian.Ketua jurulatih, Muhammad Ash Syahid Ismail berkata, pasukannya tidak bersiap sedia untuk penentuan sepakan penalti sebaliknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan."Pemain bekerja keras dan bersedia dengan baik untuk kejohanan ini. Untuk perlawanan suku akhir menentang pasukan Putrajaya ini, pemain saya agak goyah awal permainan dan itu menyebabkan kesilapan."Untuk separuh akhir esok, kami bersedia untuk apa sahaja. Kami tahu ia akan menjadi satu lagi perlawanan yang sukar tetapi kami bersedia," kata Muhammad Ash Syahid.Saingan separuh akhir, SK Taman Melati akan menentang satu lagi pasukan dari Putrajaya iaitu SK Presint 9 (2) yang menang tipis 1-0 ke atas SK Sri Pristana dalam satu lagi aksi suku akhir menerusi gol Muhammad Fathullah Mohammad Nizar pada minit ke-12.Kejohanan B-12 dianjurkan dari 13 hingga 16 Oktober ini di Kuala Selangor, dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan, menampilkan 16 pasukan juara-juara sekolah pertandingan Majlis Sukan Daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan sepanjang tahun lalu.Pasukan-pasukan ini dibahagikan kepada empat kumpulan dalam format pertandingan sembilan sebelah dengan juara dan naib juara kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.Tuan rumah, Selangor diwakili oleh 10 pasukan, manakala Kuala Lumpur dengan empat pasukan dan Putrajaya dengan dua pasukan.INFOKEJOHANAN BOLASEPAK B12 TAHUNKEPUTUSANSUKU AKHIRSK Putrajaya Presint 9 (2) 1-0 SK Seri PristanaSK Putrajaya Presint 15 (1) 1 (3) – 1(4) SK Taman MelatiSK Serdang UPM 2-0 SK Batu MudaSK Sultan Hisamuddin Alam Shah 1-0 SK Semenyih