SHAH ALAM – Sistem perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami gangguan sementara selepas kedua-duanya menghadapi masalah bekalan kuasa kira-kira jam 8.30 malam Rabu.Malaysia Airports berkata, susulan kejadian itu, prosedur pemulihan penumpang telah segera diaktifkan dan pasukan tindak balas lapangan terbang digerakkan bagi membantu penumpang yang berada di dalam tren untuk dibawa ke terminal dengan selamat."Salah satu tren berjaya dipulihkan semula dan beroperasi seperti biasa pada jam 9.27 malam, manakala kerja-kerja pembaikan masih dijalankan bagi sebuah lagi tren yang terjejas."Sebagai langkah sementara, pihak KLIA turut menyediakan pengangkutan alternatif bagi memastikan pergerakan penumpang antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit tidak terganggu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Tambahnya, pihak pengurusan KLIA memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca utama gangguan berkenaan."Kami amat kesal atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran serta pemahaman semua penumpang sepanjang kerja pemulihan dijalankan," katanya.