Penyokong Portugal 'naik angin'

KETUA jurulatih Portugal, Roberto Martinez menjadi sasaran kecaman penyokong selepas skuad bimbingannya sekadar seri 2-2 menentang Hungary dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026, awal pagi Rabu.Portugal yang membawa rekod tiga kemenangan berturut-turut dikejutkan seawal minit kelapan menerusi tandukan Attila Szalai, sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan pada minit ke-22 dan kemudian meletakkan tuan rumah di depan menjelang rehat.Gol tersebut menjadikan penyerang berusia 40 tahun itu sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Kelayakan Piala Dunia dengan 41 gol, mengatasi rekod legenda Guatemala, Carlos Ruiz (39 gol).Namun, kealpaan di masa kecederaan babak kedua memberi ruang kepada Dominik Szoboszlai menyamakan kedudukan, sekali gus menafikan Portugal peluang untuk mengesahkan tiket ke kejohanan berprestij itu tahun depan lebih awal.Keputusan itu mencetuskan kemarahan penyokong yang mengkritik keputusan taktikal Martinez termasuk tindakannya mengeluarkan Ronaldo ketika pasukan masih mendahului 2-1."Kami mempunyai peluang untuk membunuh perlawanan tetapi gagal mengambil kesempatan."Sebaliknya, Hungary bermain dengan disiplin tinggi dan menghukum kami di saat akhir," kata Martinez yang tetap menganggap keputusan itu sebagai pengajaran berguna menjelang aksi seterusnya menentang Republik Ireland bulan depan.Portugal kekal mendahului Kumpulan F dengan 10 mata selepas empat perlawanan, sementara Hungary di tempat kedua dengan dua mata di belakang.