KLANG – Laporan patologi berhubung kes seorang pelajar perempuan maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa dijangka mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, laporan tersebut memerlukan penelitian mendalam oleh pakar patologi berikutan proses siasatan yang menyeluruh."Laporan itu agak terperinci dan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk disiapkan."Namun, pihak polis sedang berurusan dengan pakar patologi Kementerian Kesihatan bagi berkaitan proses berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas Program Walkabout Bersama Usahawan Little India Sempena Deepavali di Jalan Tengku Kelana, di sini pada Khamis.Katanya, orang ramai serta media diminta memberikan ruang kepada polis untuk melengkapkan siasatan dengan teliti."Beri kami masa untuk menjalankan tugas, aekiranya terdapat perkembangan baharu dan signifikan, kami akan maklumkan kepada umum," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, Selasa seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya.