[VIDEO] Cerai: Tiada orang ketiga hanya selisih faham- Dr Afifah

SEPANG- [DIKEMAS KINI] Isteri kepada penyanyi, Ahmad Nubhan, Dr Afifah Hidayah Tawfek menolak spekulasi keretakan rumahtangga mereka berpunca daripada orang ketiga.Sebaliknya, kata beliau, ia melibatkan sedikit perselisihan faham antara mereka berdua."Tidak ada (pergaduhan). Waktu itu kami dalam kereta Nubhan bawa saya pergi makan," katanya kepada pemberita selepas prosiding sebutan kali pertama dua kes penceraian dan rujuk di sini pada Khamis.Dalam nada sebak, beliau memberitahu masih menyangi keluarganya selain masih mengharapkan ia dapat diselesaikan dengan baik."Saya pun tidak tahulah bagaimana tetapi saya masih sayang keluarga saya," jelas Dr Afifah yang turut memaklumkan ketiga-tiga anak mereka kini di bawah jagaan beliau.Sementara itu, mengulas mengenai perniagaan yang diusahakan bersama Nubhan, Dr Afifah berkata, tumpuan diberikan kepada kes penceraian terlebih dahulu.Dalam pada itu, Ahmad Nubhan memilih untuk berdiam diri dan meminta semua pihak memberi ruang kepadanya dalam tempoh yang sukar ini."Saya minta doa semua untuk kami. Doakan yang terbaik kerana tiada siapa pun mahu perkara ini berlaku," katanya.Terdahulu mahkamah menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh perbincangan permohonan kes penceraian dan rujuk yang difailkan Ahmad Nubhan,39.Ahmad Nubhan dan Dr Afifah yang juga doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.