Gempa bumi kuat di Barat Papua, Indonesia

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda kawasan Barat Papua, Indonesia pada jam 1.49 tengah hari Khamis.Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi berkenaan berlaku pada jarak kira-kira 231 kilometer (km) barat dari Jayapura, Indonesia dengan kedalaman 92km.Bagaimanapun, penilaian awal menunjukkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama