HULU TERENGGANU - Aktivis kemanusiaan misi Global Sumud Flotilla (GSF), Ustaz Mad Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Abdullah, 32, perlu berehat selepas dimasukkan ke hospital malam Rabu akibat masalah kesihatan.Abangnya, Mohd Faizul, 40, berkata, adiknya itu menunjukkan tanda tidak sihat selepas pulang daripada menyampaikan kuliah Maghrib di sebuah masjid di Binjai, Kemaman pada Rabu."Kesihatan dia tidak begitu baik sejak malam tadi (Rabu) sehingga dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan."Selepas diperiksa oleh doktor dan beberapa jam kemudian, beliau meminta kebenaran untuk pulang berehat di rumah."Beliau alami demam dan lenguh-lenguh badan. Sama-sama kita doakan agar beliau cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Sebelum ini, pengendali laman sosial Facebook Ustaz Muhammad Bin Abdullah – UMA memaklumkan bahawa Ustaz Mad Kecik dimasukkan ke wad selepas pulang dari kuliah Maghrib.Anak keempat daripada enam beradik yang berasal dari Kampung Kuala Dura itu menarik perhatian ramai apabila ditahan secara tidak sah oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF) semasa menyertai misi kemanusiaan GSF, baru-baru ini.