SEREMBAN - Kementerian Kerja Raya (KKR) menganggarkan kos sebanyak RM1.9 juta untuk kerja-kerja pembersihan kerosakan yang berlaku di enam bangunan awam dalam kejadian ribut di Telok Panglima Garang, Selangor.Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia melibatkan Sekolah Kebangsaan(SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan, Sekolah Rendah Agama Kampung Medan, SK Jalan Tanjung, Tabika KEMAS Kampung Medan dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Sijangkang."Ribut kuat telah menyebabkan kerosakan struktur kritikal di enam premis utama termasuk sekolah dan pejabat kerajaan."Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun bertindak pantas dengan melakukan pemeriksaan tapak, penutupan kawasan berisiko dan penyediaan laporan dalam tempoh 24 jam," katanya ditemui pemberita pada Majlis Pecah Tanah Hab Pengecasan EV Bersepadu Pertama di Malaysia di kawasan Rehat dan Rawat Seremban (arah Selatan) di sini, pada Khamis.Menurutnya, dengan adanya laporan tersebut, pihaknya dapat mengenal pasti langkah jangka pendek dan panjang yang dapat dilakukan.Jelas beliau, langkah susulan kini menumpukan kepada penilaian forensik struktur dan keselamatan elektrik sebelum kerja-kerja pembaikan kekal dimulakan."Berkenaan dengan kos pembaikan struktur ia tidak dapat dipastikan lagi kerana siasatan sedang dilakukan," katanya.Sebelum ini, beliau dilaporkan menasihatkan pihak sekolah yang terjejas supaya menangguhkan sesi persekolahan sehingga keselamatan struktur bangunan dapat dipastikan.Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataannya pula berkata, semua sekolah yang terjejas akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam tempoh yang terdekat.Dalam perkembangan lain, Alexander berkata, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan, semua kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang membabitkan penutupan lorong di laluan-laluan terlibat akan dihentikan.Tambahnya, arahan itu juga termasuklah sepanjang cuti perayaan Deepavali yang bertujuan bagi melancarkan pergerakan lalu lintas.