Ahmad Zahid Seru Gerakan “One ASEAN SME Movement” Kukuhkan Ekosistem Keusahawanan Serantau

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan SME Venture @ASEAN 2025, sebuah inisiatif serantau yang menghimpunkan pemain industri, pelabur dan usahawan dari 18 negara termasuk seluruh ASEAN, bertujuan memperkukuh jaringan keusahawanan dan pelaburan rentas sempadan. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan bahawa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kekal [...]