KUALA LUMPUR - Ibu kepada pelajar perempuan yang maut akibat ditikam di sebuah sekolah baru-baru ini tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya mengenali suspek.Ibu mangsa, Wong Lee Ping turut merayu kepada orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang belum disahkan di media sosial."Anak saya telah menjadi mangsa, dan saya harap orang ramai hentikan berkongsi berita yang tidak benar di media sosial."Anak saya tidak pernah berjumpa dan tidak pernah berhubung dengan suspek," katanya ketika sidang akhbar di Nirvana Center Kuala Lumpur di sini pada Khamis.Lee Ping turut menyifatkan anak bongsunya seorang yang pendiam, aktif bersukan dan amat berdisplin.Malah katanya, sebelum kejadian menyayat hati yang meragut nyawa anaknya itu dia berjaya mendapat tempat kedua dalam kejohanan badminton yang berlangsung di ibu kota."Dia (mendiang) seorang yang berdispilin, aktif bersukan walaupun introvert, dia pandai menyusun jadual dan program-program yang dia perlu hadiri."Dia juga menghormati kami sebagai ibu bapa dan orang lain," katanya.Terdahulu media melaporkan, pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun sehingga mati di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, pada Selasa.Pada Rabu, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, tikaman pada dada dan leher dikenal pasti menjadi punca kematian pelajar perempuan terbabit.Keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat dijalankan PPUM yang selesai pada jam 10.30 malam.