Pelajar perempuan alami gangguan seksual di sekolah, suspek ditahan polis

SABAK BERNAM - Polis menahan seorang lelaki selepas menerima laporan berhubung kejadian gangguan seksual melibatkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di daerah ini.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu baru-baru ini."Sejurus menerima laporan, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017."Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, suspek telah berjaya ditahan dan kes masih dalam siasatan lanjut."Suspek juga dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor pada jam 9 pagi, Jumaat," katanya.