Terbuka Denmark: Xin Yee-Carmen tewas kepada pasangan Korea Selatan

PERJALANAN Perjalanan pasangan beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting pada Terbuka Denmark 2025 berakhir selepas tewas kepada Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan pada pusingan kedua di Odense pada Khamis.Walaupun bermula dengan baik apabila menang set pertama menentang pilihan ketiga itu 21-19, Xin Yee-Carmen tewas pada dua set seterusnya 10-21, 7-21 dalam tempoh 57 minit semasa kejohanan Super 750 yang berlangsung di Jyske Bank Arena.Dalam aksi suku akhir hari ini, Hye Jeong-Hee Yong akan menentang rakan senegara Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo yang menyingkirkan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun 21-11, 17-21, 21-7.Harapan Malaysia kini terletak kepada juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akan menentang rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bagi penentuan tempat ke separuh akhir.Beregu lelaki profesional negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong juga berpeluang merebut tempat ke separuh akhir dalam perlawanan menentang pilihan kelima Liang Wei Keng-Wang Chang dari China hari ini. - Bernama