Imigresen kesan dua lelaki bagi tujuan perbicaraan di mahkamah

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai memberikan maklumat berhubung dua lelaki bagi tujuan perbicaraan satu kes pendakwaan di mahkamah.Menerusi kenyataan akhbar JIM pada Jumaat, lelaki tersebut bernama Zaw Htet Aung warga Myanmar berusia 22 tahun."Seorang lagi lelaki warga tempatan bernama Kwek Meng Kheng berusia 38 tahun, alamat terakhir di Taman Rasmi Jaya, Ampang," katanya.Menurut kenyataan itu, kedua-dua lelaki tersebut dikehendaki JIM bagi tujuan perbicaraan kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63."Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM, Elia Fazlina Mat Misiah di talian 03-88803300 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat," katanya.