Sidang Kemuncak ASEAN: Tiada penutupan penuh laluan, hanya sementara

PUTRAJAYA – Kerajaan mengesahkan bahawa tiada penutupan penuh jalan raya akan dilaksanakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini.Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penutupan laluan hanya akan dilakukan secara sementara, mengikut keperluan pergerakan pemimpin dan delegasi negara peserta."Ini bukan ‘lockdown’. Mungkin contohnya apabila ketua negara melalui laluan dari Lapangan Terbang Subang ke Kuala Lumpur, maka laluan tersebut akan ditutup sementara."Kebanyakan penutupan adalah secara berperingkat dan akan dibuka semula sebaik acara selesai," katanya dalam sidang media mingguan pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung dakwaan penutupan pusat bandar Kuala Lumpur sepanjang sidang kemuncak berkenaan.AKAN MENYUSUL