Kelantan TRW berdepan laluan sukar selepas tewas kepada Sabah FC

KELANTAN The Real Warriors menempuh laluan sukar apabila tewas 2-1 pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.Turun dengan nafas baharu dibawah kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang mengganti E Elavarasan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal pelawat pada minit ke-12 menerusi rembatan deras Muhammad Jefri Firdaus Chew yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan TRW Damynov Damyan.Tersentak dengan jaringan awal itu, tuan rumah terus menggasak kubu pelawat namun dihampakan oleh penyudah tumpul.Minit ke-17, Kelantan TRW berjaya mengikat kedudukan menjadi 1-1 apabila Abdul Sesay menjaringkan gol selepas tenang menyudahkan hantaran Lyngbo Simen sekali gus disambut dengan sorakan bergemuruh daripada penyokong.Stadium Sultan Muhammad IV terus bergema dengan sorakan penyokong pada minit ke-31 apabila Abdul Sesay menjaringkan gol kedua, bagaimanapun jaringan itu dibatalkan akibat 'offside'.Selang 12 minit kemudian, Ajdin Mujagic meledakan gol kedua untuk Sabah dan keputusan itu kekal hingga tamat babak pertama.Bersambung babak kedua, Kelantan TRW bangkit untuk merapatkan jurang jaringan dengan deretan peluang terhidang ke arah kubu Sabah FC.Bagaimanapun, peluang terhidang itu gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan oleh pemain Kelantan TRW.Minit ke-58, Kelantan TRW terlepas peluang menyamakan kedudukan apabila sepak percuma dari luar kotak penalti oleh Muhammad Nor Azam Abdul Azih berjaya ditepis keluar oleh Damien Lim digawang gol Sabah FC.Serangan bertali arus tuan rumah selepas itu gagal membuahkan hasil apabila pelawat kental mempertahankan bekalan jaringan yang dimiliki itu.Kedudukan 1-2 itu kekal hingga tamat perlawanan.Keputusan itu menyaksikan Sabah FC membawa pulang bekalan selesa menjelang aksi kedua selepas ini.