4 warga asing mengaku miliki 4,002 kg gas petroleum tanpa lesen

BANDAR BARU BANGI – Seramai empat lelaki warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan memiliki 4,002 kilogram gas petroleum cecair secara borong tanpa lesen.Tiga warga Indonesia, Fauzan, 25; Yusrijal, 26; dan Ridwanuddin, 24; serta seorang lelaki warga Myanmar, Myo Naing Oo, 44, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 24 Oktober ini untuk keputusan hukuman dan penyampaian fakta kes.Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa memiliki barang kawalan berjadual, iaitu gas petroleum cecair sebanyak 4,002 kilogram (anggaran) secara borong tanpa lesen.Perbuatan itu melanggar Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, di sebuah premis di Semenyih, pada jam 5 petang, 15 Oktober lalu.Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 21(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya, pesalah boleh didenda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Ulul Azmi Khairil Amri, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.Dalam pada itu, seorang lelaki warga tempatan, S Dashenthiran, 27, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan yang sama.Mahkamah turut menetapkan tarikh sama, 24 Oktober ini, untuk sebutan semula kes.