PETALING JAYA - Seorang penuntut maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya Universiti Malaya (UM) di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih menjalan siasatan berkaitan kes berkenaan."Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.15 petang, seorang penuntut lelaki berusia 22 tahun telah terjatuh dari Kolej Kediaman di UM."Mangsa di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.25 petang oleh pegawai perubatan hospital berkenaan," katanya.Shamsudin berkata, pihak polis masih berada di lokasi kejadian untuk siasatan tempat kejadian."Bedah siasat akan dijalankan pada malam ini oleh pihak Patalogi PPUM. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan," katanya.Terdahulu, UM dalam kenyataan menzahirkan dukacita terhadap mahasiswa yang terlibat dalam insiden itu."Seluruh warga Universiti Malaya menzahirkan rasa sedih dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham.'Pihak universiti, melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham bagi membantu mereka menghadapi saat sukar ini," katanya.UM turut memaklumkan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan pihaknya pada masa ini memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan kes tersebut.Universiti berkenaan dalam masa sama meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga pelajar terbabit serta tidak membuat sebarang spekulasi atau perkongsian maklumat yang tidak sahih berhubung insiden itu."Universiti Malaya turut menyeru seluruh warga kampus agar bersama-sama mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham dan ketabahan keluarganya, " katanya.