GEORGE TOWN - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes samun melibatkan bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dalam kejadian awal pagi Jumaat.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di Bayan Baru pada jam 2.30 petang."Suspek ditahan dalam tempoh kurang daripada 12 jam selepas kejadian dilaporkan."Permohonan reman akan dibuat pada esok pagi di Mahkamah Georgetown," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Tambah beliau, polis sedang menyiasat untuk mengenal pasti senjata yang digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut.Menurut beliau lagi, kejadian berlaku pada jam 6.45 pagi dan Bilik Gerakan Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut menerima panggilan pada jam 7.01 pagi.Terdahulu, Dzulkifli dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian samun berdekatan kediamannya di Taman Pekaka, Sungai Dua di sini.Menurut Facebook Universiti Utara Malaysia (UUM), Dzulkifli yang juga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disamun ketika pulang daripada menunaikan solat subuh di kawasan kediamannya.Mangsa dikatakan menerima 15 jahitan di kepala selepas dihentak dengan objek dipercayai pistol oleh suspek.Sementara itu, di bahagian komen pada hantaran berkenaan UUM telah berkongsi kenyataan keluarga Dzulkifli yang mengesahkan beliau berada dalam keadaan selamat.