KUALA LUMPUR, 17 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO (BPUN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias terus komited menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Parlimen Jelebu sempena sambutan Deepavali yang bakal tiba. Menurut beliau, giliran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui menjadi lokasi program menyantuni masyarakat setempat, yang disifatkan sebagai lambang keharmonian hidup berbilang kaum di kawasan itu. [...]