Bunga Raya 7s wanita buru kebangkitan di Sri Lanka

SKUAD Bunga Raya Tujuh Sebelah (7s) wanita negara, berazam memperbaiki prestasi menjelang Siri 2 Kejohanan Ragbi Asia yang bermula hari ini di Stadium Racecourse, Colombo, Sri Lanka.Pengendali pasukan, Faiz Samsukhidir berkata, pencapaian tempat kelapan pada Siri 1 di Hangzhou, China bulan lalu menjadi asas penting untuk menilai kelemahan pasukan dan memperkemas persiapan kali ini."Keputusan di Hangzhou sudah dijangka kerana ia merupakan penampilan pertama gabungan pemain baharu dan berpengalaman di pentas besar."Kami telah meneliti semua kelemahan dan menggunakan data daripada siri pertama bagi menambah baik aspek latihan agar kesilapan sama tidak berulang di Colombo," jelasnya.Malaysia dijangka berdepan cabaran getir di Sri Lanka apabila diundi menentang gergasi Asia, China selain Kazakhstan dan Filipina.Menurut Faiz, fokus utama menentang China adalah untuk mengurangkan jurang jaringan melalui pertahanan lebih tersusun dan disiplin posisi."Kami mahu menutup ruang secepat mungkin dan tidak memberi peluang mereka menguasai tempo permainan."Pendekatan sama akan digunakan ketika bertemu Kazakhstan dengan harapan tekanan berterusan dapat memaksa mereka melakukan kesilapan, seterusnya membuka ruang untuk serangan balas pantas," tambahnya.