Penuntut UM maut terjatuh: Polis sahkan tiada unsur jenayah

PETALING JAYA - Tiada unsur jenayah dikesan berkaitan kes seorang penuntut maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya di Universiti Malaya (UM) di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, bedah siasat dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) antara jam 10 malam sehingga jam 3 pagi."Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi."Mangsa juga didapati mengalami kecederaan di bahagian dada selain tiada kesan jerutan serta sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, mayat mangsa akan dituntut keluarganya pada pagi ini.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang penuntut lelaki UM berusia 22 tahun maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.15 petang, Jumaat.Mangsa dibawa ke PPUM dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira jam 4.25 petang.