KUALA LUMPUR, 17 Okt – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad menegaskan bahawa peranan ibu bapa merupakan elemen paling utama dalam membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak, lebih-lebih lagi dalam menangani isu keruntuhan moral serta gejala sosial dalam kalangan pelajar. Menurutnya, pendidikan dan pembentukan akhlak seharusnya bermula dari rumah, bukan diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah mahupun Kementerian Pendidikan (KPM) [...]