Suspek kes samun bekas NC USM direman tujuh hari

GEORGE TOWN – Suspek kes samun melibatkan bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak direman selama tujuh hari bermula Sabtu.Perintah reman terhadap suspek berusia 52 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nur Suhaila Baharin bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.Terdahulu, suspek yang memakai baju berwarna merah serta bergari itu tiba di mahkamah kira-kira jam 9.35 pagi dengan diiringi polis.Pada Jumaat, media melaporkan bahawa suspek warga tempatan yang ditahan mempunyai 13 rekod lampau berkaitan narkotik dan tiga kesalahan jenayah.Dia ditahan kira-kira jam 2.30 petang di kawasan Bayan Lepas, pada hari yang sama.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.01 pagi.Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 6.45 pagi, membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 74 tahun."Mangsa yang pulang dari masjid menyedari suspek bersembunyi di tepi halaman rumahnya."Ketika dihampiri mangsa, suspek tiba-tiba mengacukan satu objek berwarna hitam dan menyerangnya dengan objek berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Azizee berkata, akibat kejadian itu, mangsa menerima 16 jahitan di bahagian kepala.Suspek kemudian melarikan diri dengan memanjat pagar rumah apabila mangsa, yang juga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjerit meminta bantuan.Katanya, jiran mangsa yang menyedari kejadian itu cuba mengejar suspek tetapi gagal.