CHEN Tang Jie–Toh Ee Wei terpaksa akur di pentas separuh akhir Terbuka Denmark Open 2025 selepas tunduk kepada pasangan beregu campuran nombor satu dunia dari China, Jiang Zhen Bang–Wei Ya Xin dalam aksi sengit tiga set di Arena Fyn, Odense pada Sabtu.Pasangan negara yang kini berada di ranking keempat dunia itu berjuang habis-habisan sebelum tewas 17-21, 21-18, 19-21 dalam pertarungan selama 64 minit.Kekalahan itu juga menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pasangan kini memihak kepada gandingan China yang sudah meraih empat kemenangan daripada enam pertemuan setakat ini.Meskipun gagal ke final, Tang Jie–Ee Wei tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$13,300 (kira-kira RM56,200) hasil kejayaan mara ke separuh akhir.Menariknya, biarpun sudah bergelar juara dunia, Tang Jie-Ee Wei masih menanti gelaran pertama Jelajah Dunia BWF musim ini selepas turut tewas di pentas akhir Masters China bulan lalu.