PRN Sabah: Ini Kalilah UMNO/BN Rampas Semula Sabah – Ahmad Zahid

PUTATAN, 19 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 merupakan peluang terbaik untuk UMNO dan BN merampas semula pentadbiran negeri itu. Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, berdasarkan analisis semasa, tiada satu parti pun yang akan muncul dominan sepenuhnya dalam PRN kali ini. [...]