Joao Figuerido kongsi gambar keluarga, cetus spekulasi selepas digantung FIFA

PEMAIN warisan negara, Joao Figuerido kembali mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan apabila berkongsi gambar bersama ahli keluarganya di Instagram, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warga siber.Perkongsian itu dibuat oleh Figuerido selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan penggantungan selama 12 bulan terhadap tujuh pemain warisan negara, termasuk Figuerido, selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.Menurut laporan penuh penghakiman FIFA, siasatan mendapati datuk atau nenek kepada tujuh pemain berkenaan sebenarnya dilahirkan di beberapa negara seperti Brazil, Argentina, Belanda dan Sepanyol, menyaksikan pertalian darah yang didakwa dimiliki pemain-pemain itu dengan Malaysia menjadi persoalan.Dalam dokumen terdahulu yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), nenek kepada Figuerido dilaporkan lahir di Johor.Kes ini mula mencetuskan kontroversi selepas kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Vietnam dalam aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun lalu, apabila kesemua pemain warisan disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya.Selain penggantungan 12 bulan, setiap pemain turut dikenakan denda sebanyak RM10,500, manakala FAM pula didenda RM1.8 juta oleh FIFA.FAM kini sedang dalam proses mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan dan hasil rayuan dijangka diketahui pada 30 Oktober ini.